Nama saya Johann, tapi kawan-kawan cuma panggil Jonn. Umur 32 tahun, telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki berusia 5 tahun dan 3 tahun. Bertugas sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru. Isteri? Seorang sahaja. Di halaman ini saya ingin berkongsi Dilemma saya yang mana mungkin ramai yang sama keadaannya dan sejurus itu saya ingin berkongsikan sesuatu dengan semua.
Bagi sesiapa yang hidup di Johor Bahru, atau di mana-mana saja bandar di bumi bertuah Malaysia ini, maka anda pasti rasai bahawa hidup berkeluarga di JB dengan gaji RM3,000 sebulan sememangnya satu dilemma ngeri. Apatah lagi bagi sahabat-sahabat sekelian yang mempunyai purata pendapatan kurang dari jumlah tersebut. Mari kita cuba gariskan sedikit perbelanjaan tetap kita:
1. Ansuran rumah (Teres setingkat) katakan RM750.
2. Api (Rumah takde aircond, cuma ada tv, peti sejuk dan seterika, RM80
3. Air (tak basuh kereta kat rumah) RM15
4. Bayar semula pinjaman pelajaran (kadar minimum) RM180
5. Bil Telepon rumah (Guna untuk call in je) RM50
6. Handphone (bil & prepaid) (saya dan isteri, sorang RM100) total RM200
7. Susu anak (DUMEX) - 2 orang 4 pack sebulan RM90
8. Lampin anak & misc katakan dalam RM70 (tak pasti sangat, orang rumah tahu lah)
9. Installment kereta (Vios) RM797
10. Minyak kereta kita bubuh sehari RM10 so sebulan RM300
11. Makan, letak lah RM300 untuk barang-barang dapur. Lum kira makan kat luar lagi nih...
12. Belanja lunch kat office (Nasi lauk ikan keli + Teh O ais) RM5.00 X 20 = RM100
Eh!! Dah RM2,932 ni...Banyak lagi belum masuk... nak bayar hutang credit card? Nak bagi mak abah kat kampung? Barang dapur? Rokok? (Orang yg isap rokok akan tahu berapa belanja untuk rokok sebulan!) Arghhh!!! kacau!! Broadband internet? Astro? Nak selit celah mana pulak? KFC? McD? Parking ticket? Tol?? Nak pulak time sekarang nih, nak balik kampung pun takut dibuatnya!!
Jadi dek kerana desakan ini, saya cuba mencari sesuatu bagi menjana pendapatan sampingan saya seterusnya menaikkan taraf ekonomi keluarga. Tapi nak buat 2 kerja dalam satu masa (contoh cam awie dalam filem: siang jadi mekanik, malam jadi penyanyi di nite club) dalam filem boleh lah. Ini kita bila dah balik kerja, kalau boleh nak terbaring jer depan TV. Penat!
Jadi saya try join MLM. Macam-macam saya try. Semua tak jalan. Lagi banyak duit habis sebab nak maintain PV dan sebagainya adalah. Isk! Tak boleh jadi. Tapi saya masih yakin yang MLM adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan saya. Pada saya dengan sistem rangkaian Multi Level umpama orang si Penoreh Getah, dengan Tokey Estet bezanya. Tapi bagi memastikan saya akan berjaya kali ini, saya telah menggariskan beberapa kriteria untuk memastikan saya akan berjaya, dan senang untuk saya mencapainya.
- Bisnes itu mesti didaftarkan secara sah di Malaysia dan halal. Ia mesti mempunyai pejabat dan struktur organisasi yang sistematik. (tak nak kena tipu cam piramid skim atau skim cepat kaya, 5 minit ada, 5 minit dah lesap!)
- Produk yang ditawarkan mestilah satu keperluan harian penduduk Malaysia. Produk tersebut mesti boleh menghasilkan pembelian ulangan berterusan.
- Produk mesti mampu beli oleh saya dan pelanggan. Tiada gunanya menjual produk mahal yang kita sendiri tidak akan menggunakannya.
- Bisnes itu mesti berkonsepkan SOHO (Small Office Home office) yang boleh beroperasi dari rumah.
- Urusniaga perlu mudah dan ringkas.
- Perhubungan boleh dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan internet melalui Yahoo Messenger, Skype dan email. Mengurangkan kos perhubungan menggunakan telefon terus.
"Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?". Terus terang, saya memang tak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan tuhan. Saya cuma boleh kata,
"Tuan, dalam Mymode, ada Agent yang boleh dapat sampai berpuluh ribu sebulan, tetapi ada juga yang masuk, tak buat apa-apa, dan tak dapat apa-apa. Jadi soalan sebenarnya, saya yang patut tanya tuan, tuan join tuan nak dapat pendapatan yang macamana, dan saya boleh tunjukkan jalan bagaimana untuk mencapainya, insya-Allah". Ini kerana kita usahawan. Bukan kita bermain skim cepat kaya. Seperti juga buka kedai makan, bolehkah saya tanya pada peniaga restoran,
"Kalau saya buka kedai makan, berapa saya boleh dapat?". Sedangkan hakikatnya ada juga orang yg buka kedai makan, tak sampai 2 bulan, akhirnya gulung tikar. Tetapi bolehkah kita kata 'Buka kedai makan, tidak bagus?'
Jadi sekiranya tuan-tuan, puan-puan nak cari roll model di dalam Mymode ini, maka lihatlah kepada mereka yang berjaya. Lihat, dan tiru langkahnya. Janganlah lihat yang pada yang gagal. Jika dia gagal, adakah anda juga akan gagal? Jika dari awal mind setting sudah set begini, maka akan jadi susahlah. Sedangkan perniagaan ini amat mudah untuk dilakukan. Tak sampai 5% dari kerja yang dilakukan untuk menjalankan kedai makan, tak sampai 1% modal yang diperlukan untuk membuka kedai pakaian, atau apa saja perbandingan lain. Tetapi saya tak kata, anda join, tidur, dan anda akan dapat duit. Mungkin akan sampai masanya untuk keadaan jadi begitu, tetapi bukan sekarang. Perjalanan kita masih jauh. Jika anda selesa dengan 'Rezeki secupak, biarlah kekal secupak', maka tak perlu anda teruskan membaca email saya ini. STOP!
Ada 3 kategori orang yang berada didalam Mymode. Pilihlah anda nak berada di kategori mana:
- Paling malas. Saya nak pakai sendiri je.....Well, mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.... dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.
- Paling senang. Saya nak menjual....Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut. Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM lain.
- Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking) disamping guna sendiri/menjual.Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan? Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari? Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan. Francais. Networking. Multi level Marketing. Ini bila kata kena cari downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap. Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya? Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi pendapatan penaja/upline-nya. Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?

Prepaid4U.Net merupakan 3rd party website yang diiktiraf sebagai Authorized 3rd party referral web untuk MyMode. Ianya diiktiraf kerana kecemerlangan prestasinya dan komitmen yang diberikan oleh pihak pentadbiran Prepaid4u.Net. Anda boleh lawati sendiri web rasmi mymode di http://www.mymode.com.my
Saya telah sediakan jalan dimana kita boleh menceburi MyMode 100% dengan hanya menggunakan Internet. Peratus kejayaan yang jauh lebih tinggi dari cara konvensional. Tiada risiko untuk rugi dan sebagainya. Kenapa saya buat begitu?
- Sebab saya takde masa. Siang kerja, malam penat. Nak keluar rumah pun dah taknak.
- Sebab saya PEMALAS. Apa yang saya buat, mesti nak cara yang paling senang jer. Yang tak guna kederat... yang tak buang banyak masa dan usaha.
- Saya tak suka pergi-pergi dengar ceramah nih. Paling saya tak suka, perlu jumpa orang, explain pasal perniagaan yang saya ceburi. Pada saya banyak buang masa je. Explain 2,3 jam nak bagi faham at the end, belum tentu dia nak join.
- Orang yg kita cari cara offline (konvensional way) sudah pasti akan cuba mengembangkan downline nya cara offline juga. Pada saya cara ini tidak efficient. Lambat. Dan risiko kegagalan sangat tinggi.
- Saya tak suka orang memperlekehkan apa yang saya buat secara berdepan. Buat melemahkan semangat jer.
- Sebab saya yakin ramai orang yang macam saya. :) Ini bukan zaman bekerja keras bermati-matian untuk mendapatkan duit. Tapi bekerja dengan cara yang lebih Bijak.
Expenses(top-up prepaid) => Income($)
So bagaimana? Berminat mahu menyertai MyMode dan menikmati setiap ganjaran yang saya telah perolehi Kini? Peluang pasaran ini amat luas. Dengan statistik pengguna handphone yang semakin berkembang saban tahun, apa lagi yang perlu dirisaukan! Marilah kita kongsikan bersama. Jika berminat, apa yang perlu anda buat hanyalah:
5 LANGKAH MUDAH BAGI MENGUBAH HIDUP ANDA!!5 EASY STEP TO TAKE TO START YOUR NEW WAY OF LIFE!!
1.
Buka website referral saya KLIK DI SINI2. Isi dan submit borang pendaftaran keahlian percuma terlebih dahulu.
3. Setelah selesai, Login keruangan ahli dengan menggunakan USERID dan PASSWORD yang telah anda daftarkan tadi.
4. Klick Menu UPGRADE VIP. Kemudian BACA langkah-langkah pembayaran yuran keahlian. Di bahagian bawah page berkenaan ada link untuk buat pembayaran kepada saya sebagai penaja anda atau ADMIN PREPAID4U.NET.
5. Baca, dan ikut step-step tersebut.
*Jangan risau. Satu Buku Panduan Lengkap akan diberikan setelah anda sah menjadi salah seorang Agent Mymode di bawah kumpulan Prepaid4U.Net


